fp header

  PROFIL

Sejarah Fakulti Pendidikan Fakulti Pendidikan ditubuhkan pada 1 April 2008. Penubuhan fakulti ini merupakan susulan dari hasrat Jabatan Agama Islam Selangor untuk melatih guru-guru Kelas Fardhu Ain dan guru-guru kontrak yang sedang berkhidmat di Selangor. Ia bertujuan memenuhi matlamat jabatan tersebut untuk mewujudkan guru-guru yang profesional dalam pendidikan di negeri Selangor. Di samping itu, fakulti pendidikan juga meneruskan kesinambungan Diploma Pendidikan yang pernah dilaksanakan pada tahun 1995.Kini, Fakulti Pendidikan menawarkan tiga program diploma iaitu Diploma Perguruan (Pendidikan Islam), Diploma Perguruan ( Teaching Arabic as a Second Language) dan Diploma Perguruan (Teaching English as a Second Language).Ketiga-tiga program ini telah mendapat kelulusan mengendalikan program dari Agensi Kelayakan Malaysia. Kumpulan pertama guru-guru pelatih telah mendaftar pada 14 Jun 2008 berjumlah 455 orang. Program-program di Fakulti Pendidikan bermatlamat membangun pendidik yang berupaya melonjak profesion keguruan selain menjadi seorang guru yang terlatih, berkemahiran, bertanggungjawab dan mengamalkan profesionalisme dan amal soleh dalam kehidupan.

  VISI FAKULTI

Memartabatkan profesion pendidikan dengan melahirkan para pendidik yang berketerampilan, berasaskan budaya ilmu, teknologi dan beretika selari dengan nilai-nilai Islam bagi mendapatkan keredaan Allah.

  MISI FAKULTI
  • Melahirkan para pendidik yang berinovatif dan celik teknologi seiring dengan keperluan semasa.

  • Melahirkan para pendidik yang berupaya mengaplikasikan teori-teori pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

  • Melahirkan para pendidik yang dapat melaksanakan tugas berpandukan etika kerja yang cemerlang dan mampu berdaya saing.