Pautan Pantas | |||||||
|
PENGUMUMAN |
Adalah dimaklumkan bahawa temuduga calon pelajar Fakulti Pendidikan yang dijadualkan pada 7 dan 21 April 2020 dibatalkan. Pihak Fakulti Pendidikan akan membuat temuduga secara panggilan telefon kepada semua calon yang telah membuat permohonan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi atau whatsapp ke talian berikut: Temuduga Pendidikan Islam : +6019-375 9094 (Ustaz Izzuddin), Temuduga TESL : +6012-697 3467 (Pn. Suziana). Harap maklum. |
Sejarah Fakulti Pendidikan Fakulti Pendidikan ditubuhkan pada 1 April 2008. Penubuhan fakulti ini merupakan susulan dari hasrat Jabatan Agama Islam Selangor untuk melatih guru-guru Kelas Fardhu Ain dan guru-guru kontrak yang sedang berkhidmat di Selangor. Ia bertujuan memenuhi matlamat jabatan tersebut untuk mewujudkan guru-guru yang profesional dalam pendidikan di negeri Selangor. Di samping itu, fakulti pendidikan juga meneruskan kesinambungan Diploma Pendidikan yang pernah dilaksanakan pada tahun 1995. Kini, Fakulti Pendidikan menawarkan tiga...